Ads 468 x 60

28/11/2012

Browse » Home » , , » MENGENAL ANYAMAN

MENGENAL ANYAMAN



MENGENAL ANYAMAN
Definisi
-proses menjalin helaian
daun mengkuang, pandan, buluh, bertam atau bemban.
-terkenal di negeri Terengganu, Kedah, Perak, dan Melaka.

Jenis anyaman
-anyaman kelarai
-anyaman biasa
-anyaman sulaman
Motif Anyaman Kelarai



Hasil Anyaman Tradisional
Tikar, bakul, nyiru,dulang, pengayak, tudung saji, penapis, kipas,beg dan sebagainya.
Hasil dimensi baru:
bekas surat, hiasan dinding,topi, beg duit, alas pinngan ,bekas tisu, kipas tangan, terendak dan sebagainya.



Fungsi dan kegunaan tikar
a. Tikar biasa-saiz lebar dan luas digunakan sebagai pelapik lantai.
b. Tikar sembahyang-digunakan oleh orang Islam ketika bersembahyang.
c. Tikar parudan-bersaiz kecil dan digunakan semasa memarut kelapa
d. Tikar alas nikah-guna sebagai tempat duduk pengantin lelaki semasa ucapacara akad nikah.
e. Tikar jemuran-bentuk dan corak agak kasar dan sesuai digunakan di luar rumah khas untuk menjemur padi.

Bagian Tikar
a. Badan
b. kepala tikar
c. Bucu tikar
d. Tepi tikar

Kemasan pada tikar
a. penyambung tikar rapi dan kemas
b. anyaman sama tegang dan rapi
c. ketelitian pemati
d. corak tersusun
e. kombinasi warna yang menarik

Penjagaan dan pemeliharaan
a. Tikar perlu digulung dan tidak boleh dilipat
b. Elakkan dari dedahan matahari dan hujan
Penjagaan barangan dimensi baru
-Lekar
-Plastik overlay
-Bingkai

- Proses penyediaan daun



a. Memilih daun-potong dan buang duri
b. Melayur daun-atas bara api hingga kekuningan
c. Menjangka-membelah daun menjadi lebih kecil
d. Melurut- bagi melembutkan daun
e. Merendam-melunturkan warna hijau daun selama 3 hari 3 malam
f. Menjemur-daun dicuci dan dijemur hingga kering
g. Mewarna-guna warna tradisional atau moden

Proses menganyam



1. Lagang-sebagai tulang anyaman dan dimulakan dari tengah tikar.
2. Menganyam-bermula dari melagang hingga selesai dan sampai ke bahagian tepi.
3. Pepeh- mematikan anyaman pada tikar
4. Sisip- lebihan jaluran disisip untuk mengelakkan anyaman dari terburai.
5. Karat-memotong lebihan jaluran agar nampak kemas dan cantik.
Teknik Tampal cantum-teknik yang digunakan bagi anyaman dimensi baru.


Advertiser

Comments : 1 comment for MENGENAL ANYAMAN

 
© Copyright 2012 : Media Belajarku
Template by : Blogger Templates | ZonaBlogger.com | Didukung Oleh : Blogger.com